5 Fakta Menarik Tentang Malaysia
1. KUALA LUMPUR MERUPAKAN IBU KOTA KILAT DI DUNIA.

Kuala Lumpur adalah ibukota di dunia yang paling banyak menerima panahan kilat atau petir di dunia. Kuala Lumpur menerima panahan kilat jauh lebih banyak berbanding mana-mana kotaraya di dunia ini. Dianggarkan dalam setahun sebanyak lebih 200 hari ribut petir berlaku di Kuala Lumpur, berbanding hanya 20 hari ribut petir setahun di London dan New York hanya mengalami 10 hari ribut petir setahun.
2. NASI KANDAR

Nasi Kandar merupakan makanan yang paling digemari di Malaysia. Asal makanan nasi Kandar ini adalah dari wilayah Pulau Pinang, Malaysia. Perpaduan masakan Melayu dengan India atau Timur Tengah ini cukup unik. Nasi dimakan dengan berbagai macam campuran kari yang tentunya sangat sedap
3.TEMPAT LIPAS TERBANYAK DI DUNIA..?

Gua Gomantong di Sabah merupakan lokasi yang mempunyai serangan lipas terbanyak di dunia. Gua ini juga merupakan tempat kediaman kelawar oleh sbb itu ,gua ini juga terkenal dengan bau busuk yang datangnye dari timbunan tahi kelawar yg berlonggokan di lantai gua.
4.KIM JONG-UN, PERNAH DIBERI IJAZAH DOKTOR KEHORMAT EKONOMI OLEH SEBUAH UNIVERSITI DI MALAYSIA.

Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Un yg terkenal sebagai seorang yg kejam pernah mendapat Ijazah Doktor Kehormat Ekonomi. Dan yang lebih memeranjatkan, Universiti yang bertanggungjawab menyampaikan anugerah itu adalah HELP University Malaysia.
5. ROUNDABOUT TERBESAR DI DUNIA.

Persiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Putrajaya adalah jalan bulatan roundabout terbesar di dunia mengelilingi 3.4 kilometer panjangnya. Dengan lebih kurang 15 sistem jalan keluar / masuk di Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, tahukah anda Tun Dr Mahathir yang mencadangkan sistem roundabout berkenaan setelah mendapat ilham semasa lawatan rasmi beliau ke Paris dan melihat bulatan Avenue des Champs Elysees semasa perarakan peringatan Hari Bastile.
SUMBER DARI The History Asia dan Wikipedia