10 kereta termahal di dunia
1. $4.8 juta – Koenigsegg CCXR Trevita

The Trevita pada asalnya bertujuan untuk menjadi edisi terhad. Karbon fibre putih digunakan untuk Trevita membuatkan kereta ini amat sukar dan memakan masa untuk dibina. Bagaimanapun, Koenigsegg telah membuat keputusan untuk membuatkan kereta ini lebih eksklusif dengan menghadkan bilangan Trevitas kepada 2 sahaja di dunia.
2. $4.5 juta – Lamborghini Veneno

Kereta ini dibina untuk meraikan ulang tahun ke-50 pengeluar kereta itu.Kereta ini benar-benar menakjubkan dari setiap sudut kerana ia menyerupai kapal angkasa.
3. $3.4 juta – W Motors Lykan Hypersport

Kereta yg terkenal dari filem FURIOUS 7. Kereta ini mempunyai gaya yg menarik kerana rupanya yang seperti kereta dari masa hadapan.Lampu kereta ini disaluti permata,pintunya yg berjenis scissor doors dan kemasan dalaman yg sangat unik membuatkan kereta ini mendapat perhatian ramai
4. $3.4 juta – Limited Edition Bugatti Veyron by Mansory Vivere

Veyron merupakan salah satu kereta terpantas di dunia. Versi Veyron yang ini berbeza daripada versi yang biasa kerana ia ditambah gentian karbon, pakej spoiler baru, lampu LED yg dipertingkatkan dan gril hadapan yg direka semula.
5. $3 juta – Ferrari Pininfarina Sergio

Salah satu daripada kereta yang paling diingini di dunia kerana bilangannya yg sedikit. Hanya 6 sahaja yg dibina.Sergio asasnya adalah Ferrari 458 dengan badan dan dalaman yg baru. Namun, oleh kerana Sergio lebih ringan dari 458, ia mempunyai kelajuan dan pengendalian yg lebih baik.
6. $2.6 juta – Pagani Huayra BC

Dengan V12 AMG dan Top Gear terpantas, Huayra BC ialah raksasa di jalan. Ia dilengkapi dengan spoiler besar aktif belakang yang menjana 1,102 paun downforce pada 155 mph. Ia juga mempunyai trek belakang yang lebih luas dan skirt sisi yang baru.
7. $2.5 juta – Ferrari F60 America

Untuk meraikan ulangtahun ke-60 Ferrari di Amerika Utara, Ferarri membina 10 kereta yang menakjubkan ini. Berasaskan F12 Berlinetta, F60 tidak dapat dinafikan patriotik kerana ia mempunyai corak Bintang,Jalur warna, American, dan livery perlumbaan klasik di sekelilingnya.
8. $2.5 juta – Bugatti Chiron

Dengan harga bermula daripada $ 2.5 juta dan badan baru yang cantik, Chiron mengalahkan Veyron dalam aspek tertentu.Kereta ini mempunyai quad-turbocharged W16 8.0 liter yang mengeluarkan 1,500hp dan 1,180 lb-ft.
9. $2 juta – Koenigsegg One:1

Edisi terhad One:1 adalah kereta terpantas yang pernah dibuat dengan gaya-F1. Ia mempunyai Carbon Fibre intake, dan brek seramik yang lebih baik daripada Agera R. Koenigsegg One:1 juga merupakan salah satu kereta yang paling maju di dunia.
10. $2 juta – Koenigsegg Regera

Regera merupakan hypercar hybrid. Dilengkapkan dengan Twin-turbo 5.0-liter V8 dan a 4.5-kWh battery, Regera mampu mencapai top speed 248 mph dalam masa 20 saat sahaja.